Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak berterusan bagi menyokong pelaksanaan Kelas Mengaji HELWA serta aktiviti dakwah di bawah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
📘 Kelas Mengaji Kakitangan UMS & Orang Awam
🎓 Kelas Mengaji Pelajar UMS
📖 Bengkel / Kelas Tajwid
👥 Program Pembangunan Kemahiran Wanita
🤍 Program Kerohanian Wanita
🕌 Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran
📖 Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid dan rehal
 
📲 Cara Menyumbang (e-Payment):
1. Layari pautan:
👉 https://epayment.ums.edu.my/HelwaFee.aspx
 
2. Klik Bayaran Pusat Islam UMS
3. Pilih Bayaran Helwa Pusat Islam UMS
4. Pilih Infak HELWA dan isikan maklumat
5. Pilih kaedah bayaran FPX atau Kad Kredit
 
💳 Sumbangan Pantas:
Imbas Kod QR yang tertera pada poster
 
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat…”
(Riwayat Muslim)
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS:
☎️ 088-320624
 
#InfakHELWA
#UMSshare
#UMSBrainOfBorneo
#SedekahJariah

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Sukacitanya, Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan atas pelantikan sebagai Ketua Editor Jurnal UMS bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kecemerlangan pengurusan editorial serta meningkatkan kualiti dan visibiliti penerbitan ilmiah UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

📢📢📢Berita baik kepada seluruh warga UMS, sempena Majlis Amanat Naib Canselor dan Hari Terbuka UMS 2026 Penerbit UMS akan mengadakan Pameran dan Jualan Buku pada ketetapan seperti berikut:
 
📆11-12 Februari 2026 (🕙10.00 pagi-4.30 petang)
📆13 Februari 2026 (🕗8.00 pagi-12.00 tengahari)
📍Dataran Dewan Canselor, UMS.
 
📚Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan Penerbit UMS dengan harga yang istimewa, diskaun sehingga 30%‼️
 
📖Pelbagai buku menarik dari penerbit buku terkemuka juga menanti anda‼️

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KAUNTER INFAK PUSAT ISLAM UMS Bil. 1/2026
Sempena Majlis Amanat Naib Canselor dan Hari Terbuka UMS 2026
 
✨ Jom Berinfak Bersama Pusat Islam UMS ✨
 
Sumbangan anda membantu menjayakan:
🕌 Pengimarahan masjid
🍲 Program Dapur Rahmah
📚 Aktiviti dakwah & pendidikan Islam
🎓 Kebajikan pelajar & komuniti memerlukan
🤲 Program kebajikan asnaf
 
🌟 Setiap Ringgit Anda, Saham Akhirat Selamanya
 
📖 Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sedekah tidak akan mengurangkan harta."
(Hadis Riwayat Muslim)
 
📣 JOM DATANG KE KAUNTER INFAK PUSAT ISLAM UMS
 
📍 Tempat: Dataran Graduan, Dewan Canselor UMS
🗓️ Tarikh: 11 – 13 Februari 2026
⏰ Masa: 9.30 pagi – 4.30 petang
 
📞 Hubungi untuk pertanyaan:
Pn. Fazelah: 016-865 5694
Cik. Sharifah: 014-978 9568 
 
#JomInfak
#UMSBrainOfBorneo
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dijemput warga UMS untuk mendapatkan perkhidmatan Kaunter Tabung Haji Bergerak.
 
📌 SEMPENA MAJLIS AMANAT NAIB CANSELORI DAN HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 2026
 
Pusat Islam UMS dengan kerjasama Tabung Haji akan mengadakan kaunter bergerak Tabung Haji pada ketetapan berikut:-
 
🗓️ TARIKH : 11 HINGGA 13 FEBRUARI 2026 
⏰ MASA : 9.30 PAGI – 4:30 PETANG (RABU-KHAMIS)
⏰ MASA : 8:00 PAGI – 11:30 PAGI (JUMAAT)
📍 TEMPAT : DATARAN DEWAN CANSELOR (UMS)
 
Kaunter ini diadakan bagi memudahkan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendaftar atau mengemaskini akaun Tabung Haji . Warga UMS juga berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji.
 
Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kemudahan dan keberkesanan urusan warga UMS dalam pengurusan akaun Tabung Haji.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat PIUMS:
📞Puan Noorisah (0132855378)
📞Cik Raysha (0138085856)
📞Cik. Nur Hani (011 3601 8208)
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare