Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Ketiadaan air di bangunan dan sekitar dan gangguan terhadap sistem penghawa dingin berpusat.
 
Semua warga kampus dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sehingga bekalan kembali pulih.
 
Mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
HEBAHAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI PUSAT PENGURUSAN OKU, UMS
 
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan OKU, UMS membuka peluang Latihan Industri kepada pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) bagi sesi latihan industri yang akan datang.
Peluang ini amat sesuai kepada pelajar yang berminat untuk :
  • Pembangunan sistem/ aplikasi
  • Pengurusan dan analisis data
  • Sokongan teknikal ICT
  • Inovasi teknologi inklusif dan kebolehcapaian digital
  • Pembangunan sistem sokongan untuk OKU
Melalui latihan industri ini, pelajar berpeluang :
  • Mendapat pendedahan sebenar dalam persekitaran kerja profesional
  • Terlibat secara langsung dalam projek ICT berimpak sosial
  • Menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan sokongan OKU di UMS
Pelajar yang berminat dipelawa untuk menghubungi Pusat Pengurusan OKU bagi maklumat lanjut atau menghantar permohonan latihan industri.
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🌙✨ Sumbangan Iftar Ramadan 1447H/2026M Pusat Islam UMS ✨🌙
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Bulan Ramadan akan tiba dalam beberapa hari lagi! Mari bersama-sama merebut peluang melipatgandakan amalan kebaikan dengan menyumbang melalui Sumbangan Iftar Ramadan Pusat Islam UMS bagi tahun 1447H/2026M.
 
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi)
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan berikut:
 
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
 
📞 010-3734 1337 atau 019-873 7704
 
🤲 Semoga Allah memberkati setiap sumbangan dan usaha kita. 🌟
 
#PIUMS
#UMSShare
#IftarRamadan