Popular Articles

Recent Stories

Majlis Serahan Baucar Program Back to School 2026

Kota Kinabalu, 20 Januari 2026 - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Majlis Serahan Baucar Program Back to School 2026 sebagai inisiatif kebajikan berfokus bagi membantu meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak dalam kalangan asnaf kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PIUMS selaku Ejen Amil Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (BZF, MUIS) bagi pihak Universiti Malaysia Sabah dalam melaksanakan pengurusan serta agihan zakat secara sistematik, telus dan berimpak tinggi, selaras dengan peranan PIUMS sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan warga Universiti yang memerlukan. Melalui pelaksanaan program ini, seramai 62 orang kakitangan UMS telah menerima manfaat daripada bantuan yang disalurkan.

Majlis serahan baucar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sarip Adul, Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, bersama Pn. Noorisah binti Taljid, Ketua Bahagian Pendidikan dan Zakat sebagai simbol komitmen PIUMS dalam memastikan kebajikan asnaf warga UMS terus terpelihara.

Seiring dengan itu, PIUMS menyeru seluruh warga Universiti Malaysia Sabah, khususnya kakitangan UMS agar bersama-sama menunaikan tanggungjawab zakat melalui Kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS serta memilih Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB). Penyertaan dalam skim ini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem HROnline UMS atau secara fizikal di Kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS bagi memastikan sumbangan zakat dapat diurus dan disalurkan secara berterusan, terancang dan berkesan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Pihak PIUMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (BZF, MUIS) dan seluruh warga UMS atas kerjasama serta sokongan berterusan dalam menjayakan program ini melalui komitmen dan penyertaan dalam agihan zakat. Diharapkan inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan serta menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan komuniti universiti secara menyeluruh.

“Berzakat membawa berkat, bersama membangun asnaf”

#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

STATISTIK KUTIPAN BAYARAN ZAKAT HARTA [KAUNTER] PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JANUARI SEHINGGA NOVEMBER TAHUN 2025

STATISTIK KUTIPAN BAYARAN ZAKAT HARTA [KAUNTER] PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JANUARI SEHINGGA NOVEMBER TAHUN 2025

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya, pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan orang awam yang telah menunaikan zakat melalui kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS.

Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pusat Islam UMS telah dilantik secara rasmi sebagai ejen amil pungutan dan agihan zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Memorandum Perjanjian (MOA) yang telah dimeterai secara rasmi pada 22 Oktober 2022.

Sehubungan itu, Pusat Islam UMS mengajak semua kakitangan UMS/orang awam menunaikan zakat melalui kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS pada ketetapan berikut:

Hari: Isnin  sehingga Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Kaunter Zakat Pusat Islam UMS

"Zakat Amanah Bersama, Manfaat Untuk Semua"

#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

STATISTIK BAYARAN SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (PZB) KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2025

STATISTIK BAYARAN SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (PZB) KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2025

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya, pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah menunaikan zakat melalui Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB).

Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pusat Islam UMS telah dilantik secara rasmi sebagai ejen amil pungutan dan agihan zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Memorandum Perjanjian (MOA) yang telah dimeterai secara rasmi pada 22 Oktober 2022.

Sehubungan itu, Pusat Islam UMS mengajak semua kakitangan Muslim yang belum menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB) agar menunaikan zakat melalui skim ini. Zakat adalah tuntutan agama yang membawa keberkatan rezeki dan kesejahteraan hidup. Anda bila lagi?

“Zakat Tanggungjawab Kita, Manfaat Bersama”

#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

BENGKEL RETREAT PUSAT ISLAM UMS BAGI TAHUN 2025/2026

Kota Kinabalu, 05 Disember 2025 - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Bengkel Retreat PIUMS bagi tahun 2025/2026 yang telah diadakan selama dua hari, bertempat di Bilik Perbincangan, Pusat Islam UMS. Bengkel ini bertujuan menyelaras, merancang serta memperkemaskan hala tuju program dan aktiviti Pusat Islam bagi tahun akan datang agar lebih teratur, efektif dan selari dengan keperluan warga kampus.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan semua warga kerja PIUMS. Turut hadir ialah para pegawai, staf pentadbiran serta wakil-wakil unit Pusat Islam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tahunan. Penganjuran retreat ini juga bertujuan untuk menilai pencapaian tahunan, mengenal pasti keperluan penambahbaikan, serta merangka strategi baharu yang lebih efektif untuk manfaat warga Kampus UMS.

Bengkel Retreat PIUMS 2025/2026 berjaya mencapai matlamat untuk menganalisis prestasi yang kukuh pada tahun 2025, khususnya dalam aspek pengurusan pentadbiran dan aktiviti keagamaan tahunan. Walau bagaimanapun, PIUMS yakin bahawa hasil bengkel retreat ini akan memperkukuh lagi peranan pusat Islam dalam mempromosikan nilai ihsan, integriti dan kesejahteraan dalam komuniti kampus.

Berita disunting oleh: Mohd Zakri Bin Mainang, Unit Pentadbiran Pusat Islam UMS.