Popular Articles

Recent Stories

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak dengan menyumbang melalui potongan gaji HR Online bagi menyokong Dapur Rahmah Pusat Islam UMS.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
* Program iftar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan
* Iftar Isnin & Khamis
* Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
* Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Minggu
* Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah

📖 Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah…”
(Riwayat Muslim)

📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah

📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626

 Semoga setiap infak menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan buat kita semua.

#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

INFAK HELWA (MELALUI POTONGAN GAJI INFAK HR ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.

Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal

Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 

📞 Hotline Pusat Islam UMS: 088320624

#infakmengajihelwa
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

INFAK DAPUR RAHMAH 2025

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
#infakdapurrahmah
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties