selamat datang ke laMan web kami

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR

Hebahan

Perutusan Pengarah

Profesor Madya Dr. Jurry Foo
Pengarah
Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar

e-Aplikasi

  • Pelajar
  • UMS-SPRINT
  • Inovasi
  • Karnival Kokurikulum
  • Tenaga Pengajar
  • Syarat Setuju Terima Tawaran
  • Permohonan Pendahuluan Pelbagai
  • Tuntutan Pengajaran
  • Staf / UMS JFPIB
  • Tempahan Kenderaan
  • Tempahan Fasiliti
  • Awam / Agensi Luar
  • Tempahan Fasiliti
  • Jawatan Kosong
  • Khidmat Komuniti UMS-SPRINT

Galeri

Demonstrasi seni pelajar hasil daripada pengalaman pembelajaran kursus kokurikulum dan ekspresi minda mereka.

Aktiviti Kokurikulum Pelajar

Menyediakan pelajar dengan aktiviti berasaskan kokurikulum untuk memupuk kemahiran insaniah. Sila masuk untuk melihat senarai aktiviti.

Kursus ditawarkan

Senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar untuk pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Sumber Artikel

Sila ke pautan sumber artikel kami mengenai aktiviti, acara dan berita yang berkaitan dengan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

Masuk

sudut kajian

Lihat

Objektif kokurikulum UMS

Maklumbalas pelajar mengenai aktiviti kokurikulum

PAUTAN LAIN

  • Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.

CAPAIAN PANTAS

  • Direktori Kakitangan
  • Portal Kakitangan
  • Portal Pelajar
  • SmartUMS
  • E-Respon
  • Covid 19: Terkini dari UMS

IKUTI KAMI @

Facebook

Youtube

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 329032
(+6088) 32000 samb. 206500
Emel : pkpp[at]ums.edu.my

TERMA PENGGUNA | PENAFIAN | DASAR PRIVASI | POLISI KESELAMATAN | DASAR HAK CIPTA

Pengenalan

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar  (PKPP) ditubuhkan pada 1hb Jun 2002. Dasar dan Falsafah PKPP adalah bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar, menjana pemikiran kreatif, inovatif, produktif dan proaktif serta menanamkan semangat keyakinan dan cekal menghadapi cabaran. Orientasi pengurusan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar adalah memberi perkhidmatan  terbaik dalam perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kokurikulum yang merupakan kursus teras Universiti, serta membangunkan daya dan potensi kemahiran insaniah pelajar melalui aktiviti aktiviti pembelajaran dan pemajuan pelajar.

Program kokurikulum  ditawarkan  dalam pelbagai bidang yang releven dengan tuntutan masyarakat serta keperluan dalam sektor pekerjaan masa kini. Setiap pelajar UMS wajib mengambil salah satu kursus kokurikulum yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada keperluan pengijazahan, dan pencapaian gred dalam kursus ini di kira dalam pengiraan PNGK. 

Kursus kokurikulum dinilai sebanyak Tiga (3) jam kredit untuk satu semester kecuali kursus PALAPES (Darat & Udara) dan SUKSIS yang dinilai sebanyak satu jam kredit bagi setiap semester selama enam semester, SISPA dan PASKAM selama empat semester serta RELASIS selama dua semester. Bagi pelajar yang mengambil kursus UMS-Siswa Jatidiri (UMS-SEJATI) akan dinilai sebanyak satu jam kredit bagi satu semester selama Tiga semester. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus PALAPES, SUKSIS, SISPA, PASKAM, RELASIS dan UMS-SEJATI akan ditauliahkan mengikut pasukan masing-masing.

Kuliah teori dan amali kursus kokurikulum dijalankan pada setiap hari sabtu dan ahad dengan jumlah 3 jam kontek setiap minggu atau pertemuan, atau mengikut keperluan kursus yang didaftarkan. Orientasi pembelajaran kursus adalah 30% teori dan falsafah, dan 70% amali/praktikal/studio. Pelajar juga diwajibkan berpatisipasi dalam aktiviti kepimpinan dan kemasyarakatan yang dikenali sebagai program ‘UMS-SiswaPrihatin’ (UMS-SPRINT) bertujuan untuk membangunkan potensi kemahiran insaniah khususnya dari aspek interaksi sosial dan kemasyarakatan, serta penerapan nilai-nilai team-working dan kepimpinan.  Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti komponen sukan dan kebudayaan, Karnival Kokurikulum memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat dan potensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi oleh Unit/Jabatan dan Pusat yang berkaitan di UMS. Tenaga pengajar program kokurikulum adalah dari kalangan yang terpilih dan yang berprestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. Pelajar dibimbing secara professional dan bersistematik bagi mencapai output kursus yang  maksima.