Tun Abdullah Ahmad Badawi

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi (1939–2025) 

  • 1939 – Lahir di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Pendidikan Awal – Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas.Pendidikan Menengah – Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Al-Wataniah, Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Sekolah Lelaki Methodist Pulau Pinang 

  • 1964 – Tamat pengajian di Universiti Malaya (Pengajian Islam); mula kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  • Menamatkan pengajian dalam Pengajian Islam di Universiti Malaya dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pengaman Persekutuan di Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  • 1965 – Tun Abdullah Ahmad Badawi berkahwin dengan Endon Mahmood dan mula menyertai UMNO secara rasmi.1969 – Pegawai kanan di MAGERAN selepas rusuhan 13 Mei. 
  • 1971–1974 – Berkhidmat sebagai pegawai kanan, termasuk Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah, di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 
  • 1978 – Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan mula bergiat aktif dalam politik secara sepenuh masa selepas meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. 
  • 1980–1986 – Memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri dan kemudian Menteri di beberapa kementerian termasuk Wilayah Persekutuan, Pendidikan, dan Pertahanan. 
  • 1991–1999 – Tun Abdullah Ahmad Badawi berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia, mewakili negara dalam hubungan diplomatik dan dasar luar negeri.1999 – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
  • 2003 – Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober.2004 – Lancar Pelan Integriti Nasional. 
  • 2005 – Tun Endon Mahmood, isteri pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal  dunia akibat barah payudara pada 20 Oktober. 
  • 2007 – Tun Abdullah Ahmad Badawi berkahwin dengan Jeanne Abdullah, janda kepada adik iparnya, dalam satu majlis tertutup di Putrajaya.2009 – Letak jawatan sebagai Perdana Menteri. 
  • 2009 Tun Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif sejak, selepas bersara sebagai Perdana Menteri 
  • 2022 – Tun Abdullah Ahmad Badawi diumum menghidap dementia oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam satu majlis rasmi pada September. 
  • 2025 – Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada 14 April di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada usia 85 tahun. 

 
Rujukan : Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi – Perdana Leadership Foundation 

1981

Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-4. Perkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah serta Kepimpinan Melalui Teladan.  

1981

1983–1985

Dasar Malaysia Incorporated. Pelancaran projek industri berat termasuk Proton.  

1985

Proton Saga dilancarkan sebagai kereta nasional pertama. 

1985

1986–1990

Malaysia beralih ke arah perindustrian, muncul sebagai pengeksport barangan elektronik. 

1991

Wawasan 2020 dilancarkan.

1991

1994–1996

Lebuhraya Utara-Selatan siap; KLIA dimulakan; 1996 pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC).  

1997–1998

Krisis Kewangan Asia; kawalan modal dan tambatan ringgit. 

1997–1998

1998–2000

Siapnya projek mega: KLIA, Putrajaya, Menara Berkembar Petronas.  

2001

Putrajaya dijadikan Wilayah Persekutuan.  

2001

2003

Meletakkan jawatan pada 31 Oktober selepas 22 tahun berkhidmat; dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.  

Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981–2003) 

1981 

  • Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 16 Julai 1981. 
  • Memperkenalkan konsep “Bersih, Cekap dan Amanah” serta kempen Kepimpinan Melalui Teladan untuk meningkatkan integriti pentadbiran awam. 

1983–1985 

  • Memperkenalkan dasar Malaysia Incorporated (Malaysia Inc.) yang menggalakkan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam pembangunan negara. 
  • Memulakan projek perindustrian berat seperti Proton, kereta nasional pertama Malaysia melalui kerjasama dengan Mitsubishi. 

1985 

  • Proton Saga dilancarkan secara rasmi, menjadi pemangkin kepada industri automotif tempatan dan membuka peluang pekerjaan dalam sektor berkaitan. 

1986–1990 

  • Melaksanakan dasar perindustrian dan eksport berasaskan pembuatan, menjadikan Malaysia pengeluar barangan elektrik dan elektronik utama di Asia. 
  • Menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang mengubah Malaysia daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada Negara Perindustrian Baru (NICs). 

1991 

  • Mengumumkan Wawasan 2020, matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan sembilan cabaran strategik. 

1994–1996 

  • Mempercepatkan pembangunan infrastruktur negara: 
  • Lebuhraya Utara-Selatan siap sepenuhnya (1994). 
  • Projek KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dimulakan. 
  • 1996: Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memacu Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi maklumat. 

1997–1998 

  • Semasa Krisis Kewangan Asia, beliau menolak bantuan IMF. 
  • Memperkenalkan kawalan modal dan menambat ringgit (RM3.80 = USD1) untuk menstabilkan ekonomi Malaysia. 

1998–2000 

  • Projek mega negara disiapkan: 
  • Menara Berkembar Petronas (KLCC) – ikon kebanggaan Malaysia. 
  • Putrajaya dibangunkan sebagai pusat pentadbiran kerajaan. 
  • KLIA dirasmikan pada 1998. 

2001 

  • Menubuhkan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dan pusat pentadbiran baru Malaysia. 

2003 

  • Berundur daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin negara. 
  • Dikenali sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” kerana transformasi besar dalam pembangunan infrastruktur, ekonomi, dan industri. 

 

Rujukan: 

Perdana Leadership Foundation. (n.d.). Tun Dr. Mahathir Mohamad. Retrieved from https://www.perdana.org.my